Friday, March 11, 2011

Gadis Melampau Menerima Padah

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis  yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas  mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau  pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian  gadis tersebut sangat menjolok mata... 

Bajunya agak nipis dan seksi  hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari  pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun.  Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai  pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan  ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu  berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum  lelaki...."
nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan  dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek.  "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci  syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal  berada
di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat  menghiris perasaan orang tua
itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak  cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada  orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil  hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di  neraka
jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah  tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah  dengan begitu biadab. 

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan  dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan  perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang  menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan  gadis
yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan  mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina  agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba  perhentian. 
Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka  pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain  mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.... Tiba tiba orang tua  tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan  kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang  tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang  menggemparkan itu. 
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu  terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk  menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu  yang aneh

menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi  hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat  tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan  hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. 

Akhirnya mereka  memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi  menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah  sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu  Maha Berkuasa di atas segala
sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan  pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali  kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw  dengan
mempersendakan atau ejekan. 

1 comment:

Tengku Puteri said...

nauzubillah...Allah maha berkuasa ke atas hambanya...