Sunday, June 19, 2011

Happy Father's Day

Assalamualaikum,,hari ini hari ahad 19.6.2011 merupakan hari yang teristimewa buat bapa2 di seluruh dunia di mana mereka akan menyambut Hari Bapa. dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada arwah abah aku Kamarudin Bin Abdullah yang telah berjaya mendidik aku hingga ke menara gading..Abah merupakan ayah yang paling banyak bersabar dengan kerenah kami adik-beradik yang degil dan susah nak kawal ni,walaupun abah dah 2 tahun meninggal kan aku tapi aku masih anggap abah ada di sisi aku untuk meneruskan kehidupan ini,, ketika arwah meninggal, aku masih tidak boleh menerima kenyataan yang arwah akan meninggalkan aku,aku masih memerlukan dia di sisi,aku tak boleh terima hakikat yang arwah akan pergi meninggalkan aku,aku masih sayangkan dia,aku pasrah di atas pemergian dia,,bagi aku arwah merupakan ayah yang terbaik di dunia ini,tidak mungkin akan bertukar ganti..susah nak jumpa macam dia,,antara adik beradik aku, aku merupakan anak yang paling rapat dengan dia,,Dia lah segala-gala bagi aku,teringat masa kecik-kecik dulu, time tu 1st day aku masuk sekolah,,masa darjah satu aku sekolah cina kat melaka,dia setia menunggu aku hingga habis sekolah,time rehat dia bawa bekal untuk aku,nasi lemak ayam,,masa tu aku tak pandai nak makan dengan sudu n xpandai nak makan ayam,,dia tengok aku terkial-kial terus dia pegang ayam tu n tolong aku siat2 ayam tu untuk aku,,hurmmm,,rindunya kat dia,,teringat time form 2,,time tu result aku teruk,,aku tunjuk kat dia,,dia x marah,,cool jaa,,pastu bagi nasihat suh cuba lagi,,tapi bila time tunjuk kat mak aku,,dia marah aku,,aku jadi takut dengan mak aku,,dats y aku lagi rapat dengan ayah aku,apa2 hal just inform kat dia je,,x inform kat mak aku,,aku takut ngan dia,,huhu,,selepas arwah meninggalkan aku,aku jadi sensitif,,mudah nak menangis,,pantang sket tengok orang menangis,,aku akan menangis,,ntah la,,aku pun pelik jadi macam tu,,mungkin aku tak bersedia lagi kot,,hurmmmm,,,ntah la,,sampaikan bila aku tengok tv ngan adik aku,,bila ada scene menangis mesti aku akan mengalir air mata terus adik aku menyumpah2 kat aku,,asal ade cete sedih je trus nak nangis,,wakakakkaka,,aku pun xtaw nape aku jadi se'sensitif' macam tu,,hurmmmm,,,
Sekali lagi Selamat Hari Bapa kepada abah,,Semoga roh arwah di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman.AMIN,,

ni ade video untuk dikongsi bersama,,tengok yaa!!


4 comments:

Gda Hanum said...

ko nye post yang ni aku paling suke bace. aku terase sedey gak weh... sob3..

fIEda DiDa said...

yeke?nanges x??

Gda Hanum said...

nanges r..aku xley tgk sesedey nih..uhuk3

fIEda DiDa said...

hahhahaha,,,cdey sangat ke?wawawawawa